Sukar Pastikan Produk Israel Tidak Masuk Pasaran Tempatan - Dr Mahathir

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat berkata adalah sukar untuk mengharamkan sepenuhnya produk Israel daripada memasuki pasaran tempatan kerana peniaga akan sentiasa mencari jalan melepasi sekatan.

"Saya tahu sesetengahnya membawa barang dari Singapura tetapi sebenarnya mereka dari Israel," katanya ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan ceramah di sini, Jumaat.

Beliau ditanya mengapa masih terdapat produk-produk Israel di Malaysia walaupun hubungan diplomatik dengan negara itu adalah sifar.

Kumpulan pembangkang telah mengecam anak Dr Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang menegaskan bahawa Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan membenarkan perdagangan antara syarikat Malaysia dan Israel.

Mukhriz sebelum ini mengakui bahawa kerajaan tidak mengharamkan perdagangan antara syarikat swasta Malaysia dan rakan sejawatan mereka di Israel tetapi menegaskan bahawa ia tidak bermakna kerajaan mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Perdagangan sedia ada adalah operasi sektor swasta dari kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia tidak melarangnya," beliau dipetik sebagai berkata.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan