SPR Nafi Penyelewengan Dalam Urusan Pendaftaran Pemilih

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menafikan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa organisasi itu memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Setiausahanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata dakwaan yang disiarkan dua akhbar semalam adalah tidak benar kerana SPR melaksanakan urusan pendaftaran pemilih berdasarkan kerangka undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

"Undang-undang yang ada sekarang tidak memberi kuasa kepada SPR untuk menukarkan alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar tanpa pemilih itu sendiri memohon untuk bertukar alamat seperti yang dinyatakan dalam Fasal (4) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

"Subperaturan 12(1) dan (2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftar Pemilih) 2002 menyatakan SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih itu telah mengisi Borang A iaitu borang pendaftaran pemilih yang ditetapkan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas dakwaan wujud sesuatu 'tidak kena' mengenai senarai nama yang tidak dipamerkan, Kamaruddin berkata pihak yang tidak berpuas hati atau curiga tentang senarai nama dalam sesuatu Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) boleh membuat bantahan semasa tempoh pameran Rang DPT itu berlangsung.

"Bagi Parlimen P.107 Subang, sepanjang penerimaan Borang A bagi Daftar Pemilih Tambahan suku tahun keempat 2011, SPR telah menerima sebanyak 2,352 permohonan pendaftaran baru dan 2,705 permohonan tukar alamat pusat pengundi.

"Semasa pameran Rang DPT bagi Parlimen itu semua nama tersebut telah dipamerkan beserta 1,146 nama pemilih untuk penandaan pemotongan kerana bertukar alamat dari parlimen itu," katanya.

Beliau berkata hasil semakan SPR sepanjang tempoh pameran Rang DPT berlangsung dari 8 hingga 14 Feb lepas, Parlimen itu menerima 90 bantahan yang dibuat ke atas pasangan tentera dengan alasan mereka tidak layak mengundi secara pos.

Berhubung pertambahan jumlah pemilih di kawasan Parlimen itu, Kamaruddin berkata statistik SPR menunjukkan peningkatan sebanyak 2,487 orang bagi tempoh 2004 hingga 2006, menjadikan jumlah keseluruhan 71,441 pengundi.

Kamaruddin berkata urusan pembetulan lokaliti ke dalam daerah mengundi sebenar telah diselesaikan dan SPR telah memaklumkan perkara tersebut kepada semua parti politik di Selangor.

"Dari segi perubahan pusat mengundi, SPR akan memaklumkan sebarang perubahan melalui media cetak dan elektronik...dan bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang setiap pusat mengundi akan dipasang kain rentang untuk memudahkan pengundi mengenal pasti tempat mengundi masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan