SPR Ambil Tindakan Tegas Terhadap PPP Laksana Tugas Cuai

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang melakukan kecuaian dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata sehingga Januari tahun ini, SPR telah menamatkan pelantikan 332 orang PPP daripada pelbagai kategori kerana melakukan pelbagai kecuaian dan melanggar syarat-syarat pelantikan.

"Tindakan perlu diambil kerana objektif SPR adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai mendaftar sebagai pemilih dan SPR berharap PPP yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan jujur serta mematuhi syarat-syarat pelantikan yang ditetapkan oleh SPR," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Hasil daripada pemantauan SPR tehadap urusan pendaftaran pemilih yang dilaksanakan PPP dalam tempoh suku tahun pertama 2012 mendapati berlaku kecuaian dan ketidaktelitian dalam pengisian borang pendaftaran pemilih (Borang A).

Beliau berkata masih terdapat PPP yang dilantik mendaftarkana nama pemohon yang telah mendaftar sebagai pemilih, mendaftarkan warganegara yang belum layak kerana berumur bawah 21 tahun, mendaftarkan nama pemohon bukan warganegara dan alamat pemohon yang tidak sama dengan alamat pada Agency Link-UP System (ALIS) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"SPR juga mendapati ada di kalangan PPP mendaftarkan nama pemohon untuk pendaftaran baru dan permohonan bertukar alamat pusat mengundi tanpa pengetahuan pemohon.

"Asas SPR berpendapat sedemikian adalah kerana semasa proses penerimaan Borang A, kebanyakan salinan kad pengenalan yang dilampirkan bersama-sama dengan borang itu diambil daripada sumber lain dan bukannya terus daripada pemohon," katanya.

Beliau menambah perlakuan demikian bertentangan dengan tatacara urusan pendaftaran pemilih dan juga syarat pelantikan PPP oleh SPR.

SPR menyarankan kepada pemilih berdaftar untuk membuat semakan maklumat pendaftaran bagi memastikan maklumat tersebut adalah tepat seperti yang dipohon melalui telefon di talian 03-88856565,melalui laman sesawang SPR www.spr.gov.my atau menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan