PM Dijangka Umum Keputusan SBPA 12 Mac Depan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan keputusan kerajaan berhubung isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada perhimpunan yang dianjurkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 12 Mac depan.

"Tunggulah masa, kalau saya umum hari ini tak jadi (tidak seronok), tak ada surprise (kejutan).

"Mungkin tunggulah bila kita ada majlis, CUEPACS setuju untuk mengatur satu perhimpunan besar-besaran di mana dalam perhimpunan itu nanti saya akan menyampaikan keputusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di bandar Melaka di sini, Jumaat.

Sementara itu, Najib berkata mesyuarat yang diadakan dengan CUEPACS semalam berlangsung dalam suasana baik dan mereka (CUEPACS) bersikap positif dalam isu penyelesaian SBPA.

Pada Khamis, Najib mengadakan pertemuan dengan Cuepacs selama 45 minit dengan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS yang turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Pejabat Perdana Menteri.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman pada pertemuan itu dilaporkan berkata pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besaran yang mengumpul 15,000 penjawat awam di Bukit Jalil pada 12 Mac depan yang dijangka dihadiri Perdana Menteri.

Mengenai lawatan kerjanya ke Melaka, Najib berkata beliau berpuas hati dengan kerancakan pembangunan dan pembaharuan di negeri bersejarah itu.

"Pada saya, Melaka sedang menghadapi cabaran menguruskan kejayaan...dan inilah yang saya fikirkan cabaran masa datang bagaimana boleh menentukan tahap kemudahan di Melaka dapat ditingkatkan supaya tidak membantut perkembangan kejayaan Melaka," katanya.

Beliau berkata pengusaha-pengusaha hotel juga menyatakan rasa puas hati dengan pelaburan mereka di Melaka.

Beliau juga berkata Barisan Nasional (BN) Melaka secara keseluruhan sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum apabila tiba masanya kelak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan