Pemuda PAS Serah Memorandum Bantah Tindakan Tentera Amerika Bakar Al-Quran

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia pada Jumaat menyerah memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi mengutuk tindakan tentera negara itu yang membuang dan membakar al-Quran di Afghanistan.

Ketuanya Nasruddin Hassan berkata pihaknya mahu kerajaan Amerika Syarikat mengambil tindakan tegas terhadap tenteranya yang terlibat dan bukan sekadar memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia.

"Kita mahu tindakan tegas diambil kerana ia melibatkan penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia, tidak cukup sekadar memohon maaf," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Beliau berkata perhimpunan itu yang disertai anggota-anggota Dewan Pemuda PAS dan beberapa badan bukan kerajaan Islam bermula selepas solat Jumaaat di Masjid Tabung Haji, di Jalan Tun Razak di sini sebelum mereka berarak ke kedutaan tersebut.

Selasa lepas, Komander Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di Afghanistan, Jen John R. Allen dilapor sebagai berkata pihaknya telah meminta maaf kepada Presiden Afghanistan, kerajaan Islam Republik Afghanistan dan rakyat Afghanistan.

ISAF adalah pasukan keselamatan di bawah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan perhimpunan itu yang disertai kira-kira 200 orang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan