Menteri Perdagangan Dan Kastam Turki Lawat Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan dan Kastam Turki Hayati Yazici, akan mengetuai delegasi perniagaan negara itu ke Malaysia minggu depan, kata Pejabat Kaunselor Perdagangan di Kedutaan Turki di sini, Jumaat.

Ia berkata Pengerusi Dewan Perniagaan Istanbul Dr Murat Yalcintas adalah antara tokoh perniagaan utama dalam delegasi itu.

Yazici yang dijadual tiba di sini pada 29 Feb, akan merasmikan bersama Pameran Ketika Produk Turki di Malaysia 2012, dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 1 Mac.

Sebanyak 70 syarikat terkemuka Turki akan mempamerkan produk dan perkhidnatan sepanjang pameran seminggu yang dihoskan oleh dewan perniagaan itu dan Kedutaan Turki di sini.

Produk Turki seperti barangan pertanian, komponen automotif, mesin, bahan binaan seperti genting dan seramik, akan dipamerkan. Barangan lain termasuk produk industri, kimia, produk makanan, kosmetik, hadiah dan cenderhati, produk hiasan, aksesori dapur, tekstil dan produk berkaitan.

Pejabat kounselor perdagangan itu berkata pameran itu akan meningkatkan hubungan komersil Turki-Malaysia.

Minggu budaya Turki juga akan dilangsungkan selama seminggi di JW Marriott Kuala Lumpur mulai 26 Feb, katanya.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan