MCA Siarkan Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Secara Langsung Menerusi Laman Web - Berita Semasa | mStar

MCA Siarkan Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Secara Langsung Menerusi Laman Web

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun ke-63 MCA yang akan diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini Ahad ini akan disiarkan secara langsung menerusi platform internet.

Dalam satu kenyataan, Jumaat, MCA berkata anggota parti dan orang ramai yang ingin menyaksikan sambutan itu boleh melayari laman web MCA di http://www.mca.org.my, laman rasmi Facebook di http://www.facebook.com/MCAHQ atau Ustream Home di http://www.ustream.tv/user/mcatv.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung Datuk Seri Kong Cho Ha akan menyampaikan ucapan masing-masing pada sambutan yang bertemakan 'Transformasi, Harapan Baru Untuk Rakyat'.

Turut diadakan pada sambutan itu kelak ialah majlis penyampaian cek kepada pemohon yang berjaya menerima sumbangan Yayasan Perubatan 1MCA, Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA dan Skim Pinjaman Mikro Kredit 1MCA Bagi Belia. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan