Malaysia Kecam Insiden Bakar Al-Quran Di Afghanistan - Anifah - Berita Semasa | mStar

Malaysia Kecam Insiden Bakar Al-Quran Di Afghanistan - Anifah

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia kecam dengan insiden pembakaran Al-Quran oleh anggota tentera Amerika Syarikat di Bagram, Afghanistan, awal minggu ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Katanya tindakan tidak bertanggungjawab dan sensitif itu telah mencetuskan gelombang kemarahan yang tidak wajar di Afghanistan serta beberapa bahagian lain di dunia termasuk Malaysia.

"Malaysia sedih dengan kehilangan beberapa nyawa akibat tindakan itu dan terkejut serta kecewa dengan perbuatan hina itu telah berlaku ketika usaha-usaha dijalankan untuk memulihkan keamanan dan kestabilan di Afghanistan dan rantau itu.

"Tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya menghalang usaha-usaha komuniti antarabangsa memulihkan keamanan dan kestabilan di Afghanistan," kata Anifah dalam kenyataan di sini, malam Jumaat.

Malaysia juga meminta semua pihak yang marah dengan insiden itu supaya tidak mengambil sebarang tindakan ganas manakala sikap tidak ambil kisah dan tidak bertanggungjawab oleh anggota tentera Amerika yang terbabit tidak boleh ditolak ansur, katanya.

Anifah berkata Malaysia berharap pihak berkuasa berkaitan akan mengambil tindakan sesuai dengan segera terhadap mereka yang melakukan perbuatan itu.

"Malaysia juga menyambut baik jaminan oleh kerajaan Amerika Syarikat serta komander Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di Afghanistan bahawa perkara itu akan disiasat dengan teliti dan mengambil tindakan supaya mengelak insiden seperti itu berulang pada masa depan," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan