Khalid Soal Sama Ada Puncak Niaga & Syabas Taja Jati

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Datuk Dr Hasan Ali yang juga Presiden kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jalur Tiga (Jati).

Sambil menyifatkan dakwaan itu hanyalah cakap-cakap di kedai kopi, Khalid mahu sebarang penjelasan dan penafian oleh pihak yang terlibat.

"Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak tapi saya hanya minta penjelasan dan penafian daripada pihak mereka," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Beliau mendakwa syarikat tersebut mempunyai kepentingan dengan kerajaan negeri terdahulu.

"Timbul persoalan siapa biayai Hasan Ali sedangkan baru-baru ini wujud pelancaran NGO di Pusat Konvensyen SACC. Sewa dewan sahaja RM30,000. Itu belum perbelanjaan, pelancaran, roadshow dan logistik.

"Siapa taja beliau (Hasan Ali) jadi persoalan utama kepada kita," katanya.

Beliau mendakwa kedua-dua syarikat terbabit juga mempunyai kepentingan ketika kerajaan negeri (BN) memerintah dahulu.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Che Rosli Che Mat yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat mengulangi pendiriannya menyokong pusat pemprosesan nadir bumi Lynas dan menyifatkan projek itu tidak membahayakan penduduk.

"Pendirian saya masih sama untuk menyokong projek Lynas ini, sekiranya pemantauan diwujudkan," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai pendirian beliau berhubung isu tersebut.

Ogos lalu, Che Rosli yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mempertahankan mempertahankan projek pembinaan loji nadir bumi oleh Kumpulan Lynas di Gebeng Pahang.

Beliau merupakan pakar sains nuklear berkata mereka yang tidak memahami kandungan nadir bumi lebih cenderung untuk membuat andaian daripada memperkatakannya dari sudut saintifik.

Malah beliau tidak bersetuju dengan cara Pakatan Rakyat (PR) khususnya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengenegahkan isu tersebut sehingga ke peringkat menakut-nakutkan masyarakat awam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan