Kate Middleton Dijangka Rasmi Kolej Marlborough Di Nusajaya

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Puteri Catherine yang juga lebih dikenali sebagai Kate Middleton (kanan) dijangka akan merasmikan Kolej Malborough di Nusajaya, Johor bersama suaminya, Putera William (kiri).
Puteri Catherine yang juga lebih dikenali sebagai Kate Middleton (kanan) dijangka akan merasmikan Kolej Malborough di Nusajaya, Johor bersama suaminya, Putera William (kiri).

JOHOR BAHRU: Puteri Catherine yang merupakan the Duchess of Cambridge, dijangka akan merasmikan pembukaan Kolej Marlborough di Nusajaya sempena lawatannya ke Johor bersama suaminya, Putera William.

Beliau yang masih dikenali sebagai Kate Middleton akan bersama William untuk melawat Johor pada September ini sebagai sebahagian daripada kunjungan mereka ke beberapa negara sempena perayaan ulang tahun Jubli Berlian Ratu Elizabeth II.

“Perancangan sedang dibuat dengan Suruhanjaya Tinggi British bagi membawa pasangan diraja itu ke sini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (Irda), Ismail Ibrahim di Hari Kesatuan Eropah (EU) Johor pada Khamis.

Beliau menambah, ia bakal menjadi detik bersejarah bagi kolej berkenaan kerana dilancarkan oleh Catherina yang merupakan bekas pelajar daripada kampus utama kolej itu di United Kingdom dan sebagai bakal Ratu England.

Kolej yang dibangunkan dengan peruntukan RM160 juta itu sedang dalam pembinaan dan ia merupakan kampus Kolej Marlborough United Kingdom di luar negara yang pertama sejak ia ditubuhkan pada tahun 1843.

Ia terletak berhampiran dengan EduCity Iskandar Malaysia yang menjadi hab institusi pendidikan rendah, menengah dan tinggi dari seluruh dunia.

Ia dilengkapi dengan kemudahan pengajaran, kemudahan sukan yang menyeluruh termasuk lapan padang ragbi, trek larian sejauh 400 meter, kolam renang seluas 25 meter dan sebuah padang kriket.

Catherine, 30, memasuki Kolej Marlborough di Wilthshire pada usianya 13 tahun bagi mempelajari kimia, biologi dan seni untuk peringkat A-Levels.

Beliau tamat pengajian di kolej itu pada Julai 2000.

Sementara itu, duta-duta dan perwakilan asing dari 15 negara EU yang diketuai oleh Duta dan Ketua EU, Vincent Piket yang akan berada di Johor Bahru sehingga Sabtu bagi meninjau potensi pelaburan yang ditawarkan oleh Iskandar Malaysia.

Ismail berkata, Sepanyol merupakan pelabur EU terbesar bagi sektor pembuatan di Iskandar Malaysia dengan nilai RM4 bilion diikuti Belanda (RM1.7 bilion) dan Jerman (RM1.5 bilion).

Beliau berkata, Britain merupakan pemain utama bagi pelaburan dalam sektor perkhidmatan di Iskandar Malaysia yang turut melibatkan Universiti Perubatan New Castle Malaysia (RM83 juta), Iskandar Pinewood Studios (RM400 juta) Universiti Southampton (RM25 juta) dan Universiti Reading (RM150 juta).

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan