Jumlah Ahli Umno Meningkat Kepada 3.34 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah keahlian Umno sehingga tahun berakhir 31 Disember 2011 meningkat kepada 3.34 juta orang.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah tersebut melibatkan pertambahan sebanyak 113,116 ahli.

"Jumlah keseluruhan ahli Umno ialah sebanyak 3,335,875 dengan pertambahan seramai 113,116 ahli," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini, Khamis.

Bercakap kepada pemberita, Najib turut mengumumkan sambutan Majlis Ulangtahun Umno ke-66 yang akan diadakan secara besar-besaran pada 11 Mei ini.

"Kita akan buat sambutan di Stadium Merdeka. Sambutan yang lain daripada biasa dan meriah," katanya.

Dalam mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira tiga jam itu, turut ditentukan tarikh bagi persidangan tahunan cawangan-cawangan Umno.

Bagi sayap Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Umno cawangan tarikh yang ditetapkan ialah 1 April hingga 15 Jun 2012.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan