Dakwaan Pembangkang Tidak Dijemput Hadir Mesyuarat Tidak Berbangkit - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan pemimpin pakatan pembangkang tidak dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 Selasa lepas, tidak sepatutnya berbangkit kerana ia merupakan amalan biasa dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata mesyuarat itu merupakan mesyuarat penyelarasan antara kerajaan pusat dan negeri yang dihadkan kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada Barisan Nasional (BN) sahaja.

"Kita punya pendirian semua mesyuarat yang dikehendaki mengikut Perlembagaan yang melibatkan negeri-negeri, kita tetap menjemput menteri dan ketua menteri pembangkang seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Tempatan dan juga yang melibatkan jawatankuasa kewangan negara yang tertentu.

"Jadi, soal jemputan itu tidak sepatutnya berbangkit....dia pun banyak mesyuarat, pun tak jemput kita, itu pun nak complaint (merungut)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, malam Khamis.

Najib mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kesal kerana tidak dipanggil menghadiri mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu, Najib berkata Majlis Tertinggi UMNO memutuskan mesyuarat tahunan cawangan akan berlangsung pada 1 April hingga 15 Jun depan manakala mesyuarat perwakilan bahagian akan diadakan pada 1 Julai hingga 15 September ini.

Beliau juga memaklumkan UMNO akan mengadakan sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-66 di Stadium Merdeka pada 11 Mei depan.

"Sambutan kali ini agak berbeza dan dijangka disambut dengan lebih meriah," kata presiden parti itu.

Beliau berkata maklumat lanjut aturcara sambutan akan diumumkan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga pengerusi sambutan itu.

Pada mesyuarat itu, Najib turut mengumumkan jumlah terkini pertambahan keanggotaan UMNO ialah 113,116 setakat 31 Dis 2011.

Dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan anggota UMNO sehingga kini ialah 3,335,878 ahli.

Berhubung Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, Najib berkata perkara itu sedang ditimbangkan oleh kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan