BN Kedah Anjur Pemukiman 120 Adun BN Bermula 2 Mac

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Barisan Nasional (BN) Kedah akan menganjurkan Pemukiman Angggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN selama tiga hari di negeri ini bermula 2 Mac depan.

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata seramai 120 Adun terpilih dari seluruh negara akan ditempatkan di 120 daerah mengundi, meliputi 14 daripada 15 kawasan Parlimen di Kedah bagi mendekati pengundi terutamanya pengundi atas pagar.

"Seramai 120 Adun ini akan berkampung di Kedah yang akan ditempatkan di 34 DUN (Dewan Undangan Negeri) daripada 36 DUN keseluruhan di negeri ini. 34 DU Nini kita telah pilih sebanyak 120 daerah mengundi untuk menempatkan mereka bagi membantu peti undi menerusi program yang dirancang," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Program pemukiman tersebut tidak melibatkan kawasan Parlimen Langkawi dan dua kawasan DUN di Parlimen itu iaitu Kuah dan Ayer Hangat.

Ahmad Bashah berkata 120 Adun berkenaan akan ditempatkan dengan keluarga angkat terpilih.

"Mereka akan menginap di rumah keluarga angkat masing-masing dan sepanjang tiga hari mereka akan mengadakan ceramah, kunjungan rumah ke rumah yang mana akan disusun oleh Adun tersebut mengikut kesesuaian lokasi mereka," katanya.

Beliau berkata acara kemuncak pemukiman ialah Jamuan Perdana pada 3 Mac yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta keluarga angkat Adun dan pengundi di kawasan terlibat.

Dianggar lebih 20,000 akan menghadiri jamuan di mana Najib dijangka menyampaikan amanat penting kepada tetamu, katanya.

"Saya menjemput orang ramai turun beramai-ramai bagi menghadiri majlis ini untuk membolehkan kita mendengar amanat yang akan disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak nanti," katanya.

Ahmad Bashah berkata beliau yakin dengan kemampuan 120 Adun itu mendekati pengundi di daerah mengundi terpilih itu dan dapat membantu BN Kedah menjalankan aktiviti bagi menawan semula negeri ini dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pemukiman Adun BN itu merupakan yang ketiga selepas Selangor yang diadakan September tahun lalu dan Perak Januari lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan