6P: Pelarian Yang Dipecat Tidak Boleh Salahkan Kerajaan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENTAKAB: Pelarian atau pencari suaka dari Myanmar yang didakwa diberhentikan oleh majikan selepas Program Penyelarasan Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) tidak boleh menyalahkan kerajaan dalam isu tersebut.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, ini kerana golongan tersebut tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan kerajaan tidak boleh campur tangan dalam urusan mereka.

"Mengikut undang-undang UNHCR mereka ini hanya ditempatkan sementara di negara ini sambil menunggu untuk pindah ke negara yang sudi menerima mereka dan tidak layak untuk bekerja kerana kebajikan mereka ditanggung sepenuhnya oleh badan berkenaan.

"Justeru, isu ini (pemberhentian kerja) mereka perlu berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana sebenarnya jika mereka ingin berbuat demikian (bekerja) mereka perlu mendapat kebenaran khusus daripada KDN, ini adalah dasar kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan dokumen pengenalan diri menerusi Kempen My Daftar peringkat negeri Pahang di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas dakwaan golongan pelarian Myanmar yang diberhentikan kerja akibat majikan tidak mahu menghadapi masalah dengan Jabatan Imigresen ketika ingin mendaftarkan nama mereka dalam program tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata, program 6P yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi pemutihan pekerja asing tanpa izin hanya layak untuk golongan berkenaan dan golongan pelarian tidak termasuk dalam program itu.

"Pelarian atau pencari suaka tidak layak untuk program ini...jika kerajaan membenarkan pelarian bekerja di sini, dikhuatiri lebih ramai pelarian dari negara jiran yang datang ke sini semata-mata untuk mencari peluang pekerjaan," katanya.

Terdahulu Dr Subramaniam menyampaikan dokumen pengenalan diri kepada 82 daripada 425 orang penerima yang layak dalam program My Daftar di negeri ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan