Wong Chun Wai Dilantik Pengerusi ANN

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wong Chun Wai.
Wong Chun Wai.

PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif dan Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai telah dilantik sebagai Pengerusi Asia News Network (ANN).

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Pengarah Urusan dan Pengarang The Statesman dari India, Ravindra Kumar.

Pelantikan Wong yang memegang jawatan itu bagi tempoh 2012-2013 telah dilakukan dalam mesyuarat tahunan ANN di Kathmandu, Nepal pada 16 dan 17 Februari lalu.

Wong berterima kasih kepada teman-teman pengarangnya di atas keputusan sebulat suara itu dalam memilih beliau untuk berkongsi visinya bagi melihat ANN menjadi lebih dinamik, seiring dengan peranan ANN yang semakin penting dalam hal ehwal global.

“Kita perlu membawa ANN kepada platform yang lain. Pada masa ini, kita telah berjaya dalam perkongsian kandungan editorial tetapi kita perlu melihat model perniagaan yang berpontensi untuk ANN.

“Terdapat banyak bidang dengan keuntungan yang berpotensi untuk diterokai,” kata Wong.

Beliau menambah, ANN perlu mempertimbangkan untuk memperkenalkan mesyuarat peringkat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga akan melibatkan penyertaan daripada pengarah pemasaran dan pembangunan perniagaan di negara-negara anggotannya.

Wong berkata, ANN telah diiktiraf sebagai satu kumpulan media yang disegani di rantau ini dan beliau percaya lebih banyak pencapaian selepas ini.

ANN merupakan perikatan akhbar yang paling aktif di dunia yang dianggotai oleh 21 suratkhabar dari 18 negara.

Perikatan itu ditubuhkan pada tahun 1998 bagi menyediakan peluang untuk kerjasama di kalangan media Asia dengan moto “We Know Asia Better” (Kami Tahu Asia Lebih Baik).

Anggota-anggota ANN adalah China Daily (China), China Post (Taiwan), Yomiuri Shimbun dan Daily Yomiuri (Jepun), The Island (Sri Lanka), The Korea Herald (Korea Selatan), The Statesman (India), The Straits Times (Singapura), The Nation (Thailand), Vietnam News (Vietnam), The Daily Star (Bangla-desh), the Philippine Daily Inquirer (Filipina), The Jakarta Post (Indonesia), The Star dan Sin Chew Daily (Malaysia), The Kathmandu Post (Nepal), Vientiane Times (Laos), Ras-mei Kampuchea (Kemboja), Brunei Times (Brunei), Kuensel (Bhutan) dan Dawn (Pakistan).

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan