Tajudin-Danaharta: PKR Gesa Siasatan Penuh

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah persetujuan penyelesaian luar mahkamah antara bekas Pengerusi Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd (Danaharta) berkaitan saman membabitkan hutang RM589 juta tokoh korporat itu.

Bendahari PKR, William Leong berkata, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan penuh terhadap kes berkenaan kerana terdapat beberapa laporan pecah amanah membabitkan Tajudin.

"PKR faham mengenai hak antara Tajudin dan Danaharta untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah, namun pihak kerajaan tidak seharusnya mengabaikan beberapa laporan polis dan pecah amanah di SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) terhadap tokoh korporat itu," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Baru-baru Tajudin dan Danaharta telah mencapai penyelesaian di luar mahkamah berkaitan saman yang difailkan enam tahun lalu.

Malah Tajudin berhasrat menarik balik semua rayuan terhadap Danaharta, dua anak syarikatnya serta 24 responden lain yang dinamakan dalam tuntutan balas beliau.

Sementara itu William yang juga Ahli Parlimen Selayang berkata, pihak polis dan SPRM perlu memberi penjelasan kepada rakyat kerana hingga kini tiada tindakan diambil terhadap Tajudin walaupun beberapa aduan telah dibuat sejak 2002.

"Mengapa tiada tindakan diambil terhadap Tajudin kerana beliau didakwa dengan pelbagai tuduhan pecah amana?

"Terdapat beberapa laporan polis pada Januari 2002 dan Mei 2005 oleh kakitangan MAS sendiri terhadap Tajudin," katanya.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Danaharta yang menguruskan pinjaman tidak berbayar akibat hutang ditanggung tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.

Jumlah itu adalah baki pinjaman berjumlah RM1.79 bilion yang diberikan kepada Tajudin oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32 peratus kepentingan dalam MAS pada 1994.

Tajudin diperintah membayar jumlah asas pinjaman pada 31 Disember 2005 sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah dua peratus atas kadar pemberian pinjaman asas Malayan Banking Bhd mulai 1 Januari 2006 sehingga tarikh penyelesaian penuh kes itu kepada Danaharta dan dua anak syarikatnya.

Mahkamah Tinggi turut membatalkan tuntutan balas Tajudin, yang berjumlah RM13.46 bilion, terhadap 24 responden termasuk Danaharta, dua anak syarikat serta pegawainya, Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan