SPAD Terajui Penggubalan Garis Panduan Piawaian Kereta Api Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjadi peneraju dalam menggubal garis panduan piawaian kereta api di Malaysia meliputi banyak komponen dan dalam proses menyeragamkan piawaian keselamatan bagi industri itu di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata komponen-komponen itu adalah gerabak dan kenderaan rel, isyarat, sistem kuasa daya tarikan dan komunikasi.

Beliau berkata, usaha menetapkan piawaian bagi industri yang penting ini merupakan sebahagian daripada penanda aras yang amat mustahak berikutan pendekatan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.

"Negara kita memerlukan kepakaran ejen tempatan, pembekal, pengeluar dan operator rel yang berkelayakan dan berpengalaman yang kesemuanya merupakan komponen penting yang mengikat bersama-sama bagi menghasilkan sistem sokongan kereta api yang berjaya.

"Saya percaya kita memiliki pakar landasan dengan kita hari ini bagi memastikan piawaian yang sesuai digunapakai bagi meningkatakan lagi keberkesanan rangkaian kereta api malaysia," katanya semasa merasmikan satu seminar mengenai piawaian kereta api antarabangsa di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan dan Pengarah Pusat Piawaian Kereta Api Antarabangsa Jepun, Hiroshi Tanaka.

Beliau berkata, penyeragaman antarabangsa akan membolehkan kerjasama dan penglibatan yang lebih meluas antara pelbagai pihak di mana kontraktor, penyedia perkhidmatan, operator, kerajaan dan pengawal selia melihat kepada piawaian agar mereka dapat belajar daripada pengalaman dan pengetahuan antara sesama mereka.

Sementara itu, dalam ucapannya, Tanaka berkata piawaian antarabangsa penting bukan sahaja untuk tujuan pembangunan tetapi juga bagi meningkatkan dan menambahbaik lagi perkhidmatan bagi para pelawat selain untuk bertukar-tukar pandangan untuk bekerjasama bagi kemajuan teknologi dalam industri itu. "Melalui piawaian antarabangsa, barangan dari seluruh dunia boleh digunakan bagi negara asal seseorang. Sebaliknya, barangan dari negara asal seseorang boleh dipasarkan di seluruh dunia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan