Perubahan Pilihan Raya Bergantung Bila PRU-13 - Ongkili

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Sejauh mana perubahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) sebahagian besarnya bergantung kepada tarikh pilihan raya umum ke-13 akan diadakan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, sementara perubahan telah dan sedang dilaksanakan, sesetengahnya mungkin tidak boleh digunakan dalam pilihan raya akan datang.

"Jika kita ada setahun lagi (untuk pilihan raya umum akan datang) maka ia mungkin boleh dibuat," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Pesuruhjaya Tinggi Datuk Zakaria Sulong bagi delegasi PSC yang berada di sini bagi mengkaji proses daftar pemilih di Eropah.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Gombak Azmin Ali, yang merupakan anggota delegasi berkata, memandangkan tarikh pilihan raya umum ke-13 yang tidak menentu, adalah baik jika semua langkah-langkah pembaharuan diterima pakai terlebih dahulu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan yang turut hadir berkata, memandangkan perubahan itu adalah penting, perkara yang lebih penting adalah bagi meningkatkan kepercayaan orang ramai mengenai sistem pilihan raya Malaysia.

"Perubahan-perubahan yang telah dan akan kita cadangkan adalah penting tapi kita mesti ingat bahawa fokus PSC adalah mengenai gambaran yang lebih besar iaitu pembaharuan pilihan raya, bukan hanya pilihan raya akan datang tetapi untuk pilihan raya yang akan datang pada masa depan," katanya.

Terdapat banyak perkembangan hasil daripada siri cadangan yang dibuat jawatankuasa yang telah diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dilaksanakan.

Pada 15 Februari, peraturan mengenai penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya diwartakan bersama dengan kelulusan bagi mana-mana orang yang dicalonkan oleh pengundi berdaftar yang kurang upaya untuk menemani dan menandakan kertas undi bagi pihaknya.

Di United Kingdom, Ongkili berkata, jawatankuasa itu sudah begitu jelas bagaimana persempadanan kawasan boleh diperbaiki selepas perjumpaan dengan Anggota Parlimen British dan pegawai Suruhanjaya Sempadan bagi England.

Mengulas mengenai pengundian dari seberang laut, Ongkili berkata, jawatankuasa itu perlu menimbang perkara itu dengan teliti memandangkan satu daripada tiga negara dalam lawatan sambil belajar itu, hanya Denmark tidak meletakkan syarat.

Pada masa ini, hanya penjawat awam, kakitangan tentera dan pelajar sepenuh masa boleh mengundi dari luar negara.

Selepas ini, delegasi itu akan terbang ke Frankfurt diikuti dengan Berlin dan Copenhagen sebelum pulang ke tanah air.

Laporan akhir mengenai syor bagi pembaharuan pilihan raya dijangka dibentangkan di Parlimen dan diwartakan menjelang minggu pertama April.

PSC yang dibentuk pada 2 Oktober tahun lepas dan diberi enam bulan untuk mengemukakan cadangan.

Selain Ongkili, Azmin dan Kamalanathan, Anggota PArlimen dalam jawatankuasa itu ialah Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Dr Fong Chan Onn, Datuk Alexander Nanta Linggi, Dr Mohd Hatta Ramli, Anthony Loke dan Wee Choo Keong. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan