Pemuda PAS Tawar Sesi Kefahaman Bai'ah Kepada Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS sedia menawarkan sesi pengajian untuk memberikan kefahaman mengenai isu bai’ah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Naib Ketuanya Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, kenyataan Dr Mahathir mengenai isu ba’iah menunjukkan beliau tidak begitu jelas tentang perkara tersebut.

Sebaliknya kata beliau, bai’ah adalah satu perjanjian di antara dua pihak yang menuntut kepada kesetiaan.

"Bai’ah yang dilakukan di dalam PAS bukan seperti mana ikrar atau sumpah yang diucapkan oleh ahli UMNO dalam memberi kesetiaan dan ketaatan kepada pemimpinnya.

"Oleh yang demikian Pemuda PAS sedia menawarkan kepada Dr Mahathir sesi pengajian untuk memberikan kefahaman mengenai isu bai’ah ini," katanya dalam satu kenyataan media, Khamis.

Katanya, kenyataan Dr Mahathir mengenai seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah dan mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah serta tidak perlu berbai'ah kepada pemimpin yang hanya orang biasa sangat berlawanan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Rabu, berhubung isu bai'ah sebagai yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang diwajibkan berbai’ah.

Menurut beliau, amalan bai'ah telah pun diamalkan semasa era khulafa ar-rashidin lagi.

Selain itu tindakan Dr Mahathir dalam menyamakan konsep bai’ah (janji setia) kepada pimpinan mengikut perspektif Islam dengan penyerahan diri kepada Allah dan Rasul adalah satu contoh yang salah.

"Ketundukan dan penyerahan diri kepada Allah dan mengiktiraf Nabi sebagai perantara bagi risalah-Nya adalah satu penyerahan jiwa dan ketundukkan yang total tanpa diikat dengan syarat.

"Dewan Pemuda PAS juga ingin bertanya kepada Dr Mahathir, sekiranya bai’ah yang jelas sejarahnya dan hukumnya di dalam Islam itu dinafikan oleh beliau mengapa beliau tidak menafikan sekali ikrar ahli UMNO dalam memberikan taat setia kepada pimpinannya?," tanya beliau lagi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan