Murtad: Khalid Arah Jais,Mais Siasat Dakwaan Hasan Ali - Berita Semasa | mStar

Murtad: Khalid Arah Jais,Mais Siasat Dakwaan Hasan Ali

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menjalankan siasatan berhubung wujudnya usaha memurtadkan umat Islam seperti didakwa bekas exco agama Datuk Dr Hasan Ali.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan itu tidak konstruktif dan cuba melemahkan peranan kedua-dua badan agama negeri itu.

Katanya dakwaan Hasan Ali dan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) itu juga tidak disertakan dengan sebarang bukti dan memberi implikasi buruk kepada keharmonian masyarakat majmuk di negeri ini.

“Dakwaan ini juga tidak konstruktif kerana ianya semata-mata mahu melemahkan peranan Mais dan Jais dan akhirnya memberi kesan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku ketua agama Islam di mana Tuanku telah melakukan usaha terbaik dan bersungguh-sungguh untuk memartabatkan agama Islam.

“Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk Jais dan Mais menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan ini dan bertindak untuk keadilan bagi semua pihak.

“Kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Mais dan Jais jika dakwaan tanpa bukti ini boleh dibiarkan berterusan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini, Rabu.

Khalid merujuk kepada kenyataan Hasan Ali sebelum ini yang melibatkan tiga perkara iaitu: kitab Injil berkuasa solar (solar-powered talking bible), mubaligh Kristian berpakaian jubah memasuki masjid serta minum dan mandi air suci.

Abdul Khalid berkata walaupun kerajaan negeri Pakatan Rakyat bersikap terbuka dan tidak menyekat mana-mana individu atau NGO bersuara berhubung hal itu, namun penggunaan premis bagi sebarang aktiviti ceramah yang boleh menimbulkan ketegangan adalah tidak disokong.

“Walaupun Kerajaan Negeri mengambil sikap terbuka, kita tidak akan menyokong penggunaan premis kita untuk sebarang aktiviti yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

“Jika dakwaan yang dibuat boleh menimbulkan ketegangan, maka kita perlu fikirkan tindakan yang sesuai untuk menegakkan keadilan dan kebenaran untuk semua,” katanya.

Hasan Ali, kini Presiden sebuah NGO dikenali sebagai Jalur Tiga (Jati) dalam majlis dalam majlis pelancarannya di sini semalam berkata pihaknya akan mendedahkan video eksklusif pengakuan individu yang dimurtadkan kepada umum dalam masa terdekat.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan