Khairy Anggap Pemimpin Pembangkang "Pincang Prinsip" Dalam Isu Israel

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Pendirian ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan kenyataannya berkenaan isu keselamatan Israel menggambarkan kepincangan prinsip dalam kalangan pemimpin pembangkang, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata sedang Musyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan haram bersekongkol dengan Israel, Anwar pula terus mempertahankan kenyataannya dalam Wall Street Journal baru-baru ini.

"(Datuk Seri) Anwar kata perbezaan itu (pendirian Anwar dan Nik Aziz) adalah perbezaan yang kecil tapi saya nampak ia adalah perbezaan prinsip yang begitu asas sekali sebab Datuk Nik Aziz berperindiran sama seperti kerajaan Barisan Nasional bahawa tidak akan ada hubungan dengan Israel.

"Tapi Anwar pula berkata dia sanggup mengiktiraf Israel sekiranya ada beberapa syarat dan dalam kenyataan beliau juga adalah tentang soal keselamatan Israel, jadi kita berasa marah dan sedih," katanya kepada pemberita pada Program Bersama Pewaris Muda Negara 1Malaysia 2012 di sini, Khamis.

Mengulas mengenai kapal dagang yang didakwa ada kaitan dengan Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Feb lepas , Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, soal perdagangan antara syarikat swasta dari mana-mana negara tidak ada kaitan dengan hubungan politik antara negara.

Katanya ia berbeza berbanding kenyataan Anwar yang jelas memberi sokongan politik kepada Israel.

Berucap merasmikan program itu, Khairy berkata ia merupakan satu pendekatan positif ke arah mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa sekarang yang dilahirkan dalam zon selesa di mana semua kemudahan asas telah sedia ada.

"Pelbagai pengisian dalam program ini juga akan memberikan mahasiswa satu pengalaman baru selain pengetahuan yang diperoleh dalam kelas. Pendedahan menerusi program seperti ini merupakan platform pembentukan jatidiri yang kukuh," katanya.

Seramai 110 mahasiswa dari empat Institusi Pengajian Tinggi Awam menyertai program empat hari itu yang bertujuan memupuk dan menyemai jatidiri mahasiswa menerusi pelbagai pengisian berbentuk kemasyarakatan dan kenegaraan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan