Ketibaan Pelancong Brunei Di Sarawak Eratkan Hubungan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kehadiran ramai pelancong dari Negara Brunei Darussalam ke Malaysia khususnya ke Sarawak tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sebaliknya mengeratkan lagi hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Mohd Faizal Razali berkata, setakat ini belum ada sebarang kes atau aduan yang diterima melibatkan pelancong dari negara itu.

"Walaupun mereka ramai tapi terkawal dan memang tiada masalah ditimbulkan sama ada dari segi dokumentasi atau masalah sosial lain. Kalau ada pun hanya kes terpencil," katanya kepada Bernama selepas majlis resepsi sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-28 di sini malam Rabu.

Majlis dihadiri oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam di Sarawak, Kamsani Noordin.

Berdasarkan statistik di laman sesawang Kementerian Pelancongan Sarawak, lebih 1.5 juta pelancongan dari Brunei mengunjungi Sarawak tahun lalu, berbanding 1.8 juta pada 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan