Guang Eng Perlu Nafi Tuduhan Semasa Perbahasan

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menepis tuduhan terhadapnya semasa perbahasan antara beliau dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Sabtu lalu dan bukannya menerusi media selepas perdebatan itu.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata, masa yang sama diberikan kepada kedua-dua pihak untuk bercakap, namun Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menggunakan masa tersebut untuk menolak dakwaan terhadapnya, sebaliknya memilih untuk memberi penjelasan menerusi persidangan dan kenyataan akhbar.

"Tiada pemenang dalam perbahasan itu yang keputusannya adalah terserah kepada pengundi untuk membuat keputusan. Oleh itu Lim tidak perlu terlalu teruja, kerana perbahasan dilakukan secara adil.

"Perbahasan berkenaan memberi setiap orang ruang untuk membincang isu secara rasional dan memulakan perang mulut selepas itu adalah bertentangan dengan tujuan asal perbahasan," katanya dalam satu kenyataan.

Wee berkata, tuduhan Lim bahawa Chua sengaja menyasarnya semasa perbahasan dan susunan dewan perbahasan dilakukan secara tidak adil, adalah menghairankan.

Sementara itu, Jabatan Publisti MCA berkata perbahasan tersebut yang bertajuk "Masyarakat Cina di Persimpangan Poltiik: Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa" boleh dilayari di laman web MCA http://www.mca.org.my/, di laman Facebook (http://www.facebook.com/MCAHQ) atau di Youtube http://www.youtube.com/MCAHQ. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan