Felda Ketepikan Kepentingan Koperasi Peneroka & Kakitangan Felda

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa keputusan Felda untuk mengenepikan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia adalah tindakan membelakangkan kepentingan peneroka dan kakitangan agensi itu.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kerajaan sepatutnya mendapatkan persetujuan KPF yang kini mempunyai pegangan saham majoriti 51 peratus dalam Felda Holdings Berhad untuk memindahkankeseluruhan pegangan itu kepada FGVH yang ingin disenaraikan.

"Ini adalah rancangan kerajaan untuk memindahkan syarikat-syarikat dan aktiviti perladangan yang menguntungkan di dalam Felda Holdings Berhad daripada KPF yang dimiliki peneroka dan kakitangan kepada FGVH yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

"Melalui cara ini suara peneroka dan kakitangan Felda dalam keseluruhan aktiviti perniagaan dan operasi Felda akan berkurangan terutama apabila kerajaan menjemput pelabur-pelabur lain untuk turutserta membeli saham di dalam FGVH," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Khamis.

Dakwa Mohd Rafizi lagi, selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, pegangan peneroka dan kakitangan Felda dalam aktiviti syarikat dan perniagaan Felda Holdings Berhad akan berkurangan daripada 51 peratus kepada 42.7 peratus.

Pada Rabu, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mengumumkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia akan diteruskan tanpa pembabitan KPF dengan jaminan untuk tetap menjaga kepentingan peneroka.

Menurut Isa bagi tujuan itu, Felda akan membentuk sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan melindungi kepentingan 220,000 ahli koperasi, termasuk 112,635 peneroka dan bakinya staf koperasi serta anak peneroka.

Sementara itu mengulas mengenai penubuhan SPV, Mohd Rafizi berkata ia merupakan langkah membelakangkan KPF.

"Kewujudan SPV itu dijangka akan digunakan secara perlahan-lahan untuk mengambil alih fungsi yang dimainkan oleh KPF sebelum ini.

"Sebarang tindakan untuk menggunakan SPV tersebut bagi menyuntik aset felda Holdings Berhad adalah bertentangan dengan undang-undang dan mengkhianati peneroka dan kakitangan Felda,' katanya.

Dalam pada itu Mohd Rafizi berkata, PKR mempelawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Isa untuk berdebat bersama Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berhubung isu penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan