Bai'ah: Nik Aziz Bidas Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyifatkan amalan bai'ah atau sumpah taat setia dalam parti itu hanya untuk kepentingan pemimpin yang mempunyai matlamat tertentu.

Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan bekas perdana menteri itu merupakan satu tuduhan yang tidak berasas.

"Ia semacam mentohmahkan cara bai'ah PAS sebagai ketaksuban kepada pemimpin dan tidak kepada Allah.

"Sebenarnya PAS tidak mengamal sebegitu. PAS mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun berjamaah dan bukannya pemimpin," katanya menerusi status facebook di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Rabu yang mengecam cara amalan bai'ah PAS kerana menurutnya sumpah seumpama itu hanya boleh dibuat kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.

Menurut Dr Mahathir, jika manusia biasa membuat bai’ah atau lafaz taat setia sesama manusia atau parti, mereka mempunyai kecenderungan melanggar lafaz yang telah dibuat.

Bagaimanapun tegas menteri besar Kelantan itu lagi, Dr Mahathir melakukan tafsiran yang salah mengenai amalam bai'ah PAS kononnya parti itu meletakkan kepentingan pemimpin dan matlamat peribadi sebagai keutamaan.

"Jelas sekali Dr Mahathir sudah tersasar dalam menterjemahkan PAS sebagai sebuah gerakan politik Islam yang meletakkan akidah perjuangan Islam sebagai keutamaan," katanya.

Isu bai'ah membabitkan kepimpinan PAS kembali timbul apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mensyaratkan bahawa setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya akan datang diwajibkan berbai'ah bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan