10 Lagi Tren Komuter Ditambah Menjelang Mac Depan - Kong

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah 10 lagi tren komuter baru menjelang akhir Mac ini untuk keselesaan pengguna, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata penambahan tren dengan enam gerabak setiap satu itu diharap dapat mengurangkan kesesakan tren yang ketika ini terpaksa membawa penumpang berlebihan pada satu-satu masa terutamanya pada waktu puncak.

"Untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, kita juga bercadang memberi insentif kepada pengguna komuter terutamanya orang kelainan upaya, warga emas serta pelajar," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek bernilai RM3 juta kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk pembangunan Park n Ride Stesen Komuter Shah Alam di sini, Khamis.

Beliau berkata pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan di bawah Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Awam Bandar (UPT) untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang sebanyak 25 peratus pada waktu puncak tahun ini, antaranya pembinaan kemudahan tempat letak kereta Park n Ride.

Sehubungan itu, beliau berkata sebanyak 6,023 petak tempat letak kereta untuk Park n Ride sedang dibina ketika ini di 18 stesen komuter dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang dijangka siap sepenuhnya tahun ini.

Kong berkata antara stesen LRT dan Stesen Komuter yang mendapat penambahan petak letak kereta ialah Stesen LRT Gombak dengan 1,060 petak, Stesen LRT Bandar Tasik Selatan 1,024 petak, Stesen LRT Ampang 990 petak dan Stesen LRT Pudu 500 petak.

"Stesen Komuter Shah Alam mendapat tambahan 532 petak, Stesen Komuter Seremban 420 petak, Stesen Komuter Serdang 300 petak dan Stesen Komuter Bangi 200 petak," katanya.

Beliau berkata selain kemudahan Park n Ride, pihak berkuasa tempatan juga digalakkan mengadakan perkhidmatan bas perantara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas seperti sedang dilakukan Syarikat Prasarana Negara Berhad. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan