Syarikat Maghribi Minat Edar Proton - Tun Mahathir

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebuah syarikat dari Maghribi, YNNA Holdings, pada Rabu menyuarakan minat untuk memasang dan mengedar kereta-kereta Proton di negara itu.

Beliau berkata YNNA Holdings merupakan antara syarikat terbesar di Maghribi yang mempunyai pelbagai jenis rangkaian perniagaan, termasuk dalam sektor perhotelan, pembinaan dan pasar raya.

"Mereka menyuarakan minat, mereka sudah berjumpa pengurusan Proton, pengurusan Proton menyambut baik cadangan mereka, dan semestinya ia perlu disahkan oleh pemilik baharu Proton. "Pada masa ini, pemilik baharu belum mengambil alih Proton, oleh itu belum ada keputusan besar boleh dibuat, namun saya yakin pemilik baharu akan menyambut baik peluang untuk memasang kereta di Maghribi," katanya selepas menerima kunjungan Naib Presiden YNNA Holdings Omar Chaabi di Yayasan Kepempinan Perdana di sini.

Dr Mahathir yang diminta mengulas mengenai potensi itu berkata kedudukannya memang baik memandangkan Maghribi sudah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan banyak negara Arab.

Sementara itu, Presiden Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn Bhd (KOMITA), Sheikh Ahmad Dusuki ketika dihubungi Bernama berkata YNNA Holdings juga turut menyatakan hasrat menubuhkan Bank Islam pertama di negara mereka dengan membawa kepakaran tenaga kerja dari Malaysia. "Omar turut menyuarakan perkara ini pada pertemuannya dengan Dr Mahathir," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan