Proton, Yes Tawar Akses Internet 4G Dalam Kereta Pertama Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings dan Yes, penyedia rangkaian 4G di bawah YTL Communications Sdn Bhd pada Rabu mengumumkan kerjasama untuk menawarkan akses internet 4G dalam kereta yang pertama di Malaysia dalam kereta-kereta mewah dan sedan baharu P3-21A Proton yang akan dilancarkan bulan depan.

Dalam kerjasama itu, para pengguna Proton akan menikmati saling hubung 4G sebagai ciri standard tambah nilai yang baharu.

Ia akan memanfaatkan rangkaian internet mudah alih 4G Yes yang pada masa ini meliputi lebih 65 peratus daripada kawasan berpenduduk negara.

Pengarah urusan kumpulan Proton, Datuk Seri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata inovasi ini, usaha pertama dalam langkah penjenamaan semula Proton, membuka kemungkinan spektrum baharu dan menawarkan para pengguna dengan kelajuan, keselesaan dan produktiviti yang lebih hebat ketika berada di jalan raya.

"Kami telah bekerjasama dengan YTL selama setahun dan menandatangani perjanjian tahun lepas. Hari ini, ia cuma satu langkah kecil. Selepas ini, kami akan bekerjasama untuk mengintegrasikan lebih banyak ciri untuk diletakkan di dalam kereta," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran majlis itu.

Beliau berkata inisiatif ini akan menjadikan jenama Proton lebih menarik dan menambah pendapatan kepada syarikat.

Kos yang terlibat dalam kereta internet 4G Proton baharu adalah amat minimal kepada para pengguna kerana tujuan utama ialah menyediakan mereka kereta yang berkualiti dan mampu milik, kata Syed Zainal sambil menyatakan Proton telah berunding mendapatkan pakej yang baik dengan YTL.

Yes merupakan satu-satu pengendali rangkaian wayarles di Malaysia yang menawarkan saling hubung 4G tanpa sempadan sepanjang 960km Lebuh Raya Utara-Selatan dan sebahagian besar Lebuh Raya Pantai Timur.

Sebanyak lima peranti mudah alih boleh dihubungkan ke rangkaian wayarles mikro kereta pada masa yang sama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan