Perjalanan Kereta Api Tumpat-Johor Baru Tergendala 12 Jam

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Perkhidmatan kereta api dari Tumpat ke Johor Baharu tergendala 12 jam berikutan kepala tren penumpang 'Harimau Malaya' tergelincir di landasan stesen Triang dekat di sini, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahir Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pukul 1.55 pagi apabila kereta api tiga gerabak itu yang membawa 60 penumpang terkeluar landasan ketika memasuki laluan kedua di perhentian tersebut.

"Pada masa kejadian pekerja KTMB sedang menjalankan kerja menukar landasan di stesen berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kerja membaik pulih dan mengangkat kepala kereta api ke landasan selesai pukul 2 petang dan tren meneruskan perjalanannya ke Johor Baharu selepas itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan