NGO Seperti Jati Boleh Undang Keburukan Daripada Kebaikan: Dr Mahathir

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak Islam dan orang Melayu di negara ini boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk kepada penubuhan NGO terbaru, Jati, Dr Mahathir berkata, presidennya, Datuk Dr Hasan Ali perlu menjelaskan tujuan dan objektif penubuhan badan itu.

"Beliau perlu menjelaskan objektif Jati kerana saya percaya kebanyakan NGO seperti itu membawa perpecahan di kalangan orang Melayu," katanya kepada pemberita di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri majlis yang dianjurkan Jati pada masa hadapan.

Mengulas mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu di negara ini hilang pemilikan tanah di negara ini, Dr Mahathir menganggap fenomena seperti itu berlaku di kalangan orang Melayu yang miskin.

"Mereka terpaksa menjual tanah mereka untuk mendapatkan wang," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan