KJ: Alasan Anwar Untuk 'Cover Line' Tidak Berjaya

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu pengiktirafan negara Israel tidak boleh diterima sama sekali kerana ia hanyalah satu alasan untuk menutup pendirian sebenar ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Alasan Anwar (untuk) cover line pendirian pro-Israel tak boleh diterima. Bagi Pemuda Umno, usaha Anwar nak cover line tidak berjaya.

"Anwar tetap memegang dasar pro-Israel. Kalau tidak, beliau perlu tarik kenyataan (yang dibuatnya itu kepada akhbar WSJ)," katanya yang dipetik daripada laman twitter pada Selasa.

Malah Ahli Parlimen Rembau itu turut mempertikaikan beberapa bahagian yang disiarkan The Wall Street Journal (WSJ) yang diakui sendiri oleh Anwar berhubung kenyataan sokongannya terhadap Isreal.

"Bila Anwar sebut beliau "support all efforts to protect..." Israel, "all" itu menghalalkan semua tindakan, termasuk membunuh rakyat Paelstin.

"Anwar cakap kenyataan beliau "contingent" (bergantung) kepada beberapa perkara mengenai Palestin. Tapi kalau begitu kenapa sebut "all efforts"? kata Khairy.

Selepas menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kuala Lumpur pada pagi Selasa, Anwar memberitahu para pemberita, beliau menyokong kewujudan sebuah negara Israel dengan syarat mereka berundur dari tanah Arab sepenuhnya, menghentikan keganasan serta aspirasi dan kewujudan negara Palestin dihormati.

Beliau juga menjelaskan bahawa selepas memberi keterangan secara bertemu muka dengan Nik Aziz, menteri besar Kelantan itu telah memahami pendiriannya berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun Niz Aziz kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan bahawa PAS tetap menolak kewujudan negara Israel walau apa sekali pun yang berlaku.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan