Dasar Gaji Minimum Harus Libatkan Semua Syarikat - MTUC

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata majikan harus melihat kepada perspektif yang lebih luas dan secara lebih positif dalam isu kadar gaji minimum di negara ini. Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata pelaksanaan gaji minimum bila diluluskan kelak tidak seharusnya hanya melibatkan syarikat besar sahaja kerana jika ia dibuat demikian akan menjejaskan matlamat dasar berkenaan.

"Saya rasa majikan harus mempunyai keyakinan terhadap gaji minimum ini. Kita mahukan satu integrasi nasional dalam soal gaji minimum ini melibatkan semua majikan.

"Keadaan di mana kawasan yang berlainan mempunyai gaji berlainan, ataupun syarikat berlainan saiz dengan kadar gaji yang berlainan, walaupun dalam sektor, tidak patut berlaku," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang meminta supaya kerajaan memberi pengecualian kepada syarikat-syarikat kecil, yang mempunyai kurang daripada 10 pekerja, dikecualikan dalam pelaksanaan gaji minimum kelak. Pengarah Eksekutif MEF Shamsudin Barhan dipetik sebagai berkata ini bagi mengelakkan syarikat kecil daripada memberhentikan pekerja akibat syarikat menanggung beban kewangan yang tinggi.

Abdul Halim menjelaskan pelaksanaan gaji minimum yang selaras akan dapat mengurangkan migrasi dalaman negara, justeru membantu mengurangkan masalah lain seperti kemiskinan bandar.

Pelaksanaan gaji minimum antara RM800 dan RM1,000 sebulan untuk semua pekerja di Malaysia mampu membantu meningkatkan caruman pekerja swasta dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka, katanya.

"Selain itu, saya percaya pelaksanaan gaji minimum akan meningkatkan produktiviti pekerja dan secara langsung, ini juga menguntungkan majikan," katanya.

Abdul Halim berkata kertas cadangan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) kini telah dihantar untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Keputusan hasil rundingan MPGN dijangka diumumkan bulan depan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan