57,000 Pemohon BR1M Di Kedah Yang Gagal Perlu Buat Rayuan Segera:Johari

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHANGLUN: Sebanyak 57,000 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kedah yang ditolak, perlu segera membuat rayuan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan mereka menerima bantuan itu bagi sesi kedua.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharum berkata daripada jumlah itu hanya 14,000 pemohon telah membuat rayuan di LHDN.

Katanya kebanyakan borang permohonan mereka ditolak adalah disebabkan maklumat pemohon tidak diisi dengan lengkap.

"Mereka hanya boleh buat rayuan sebelum 10 Mac depan agar mereka yang layak menerima tidak tercicir buat kali kedua," katanya pada Majlis Penyampaian baucar BR1M Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam di sini, Rabu.

Beliau berkata sebanyak RM165 juta diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan kepada 330,901 penerima yang layak di negeri ini dan penyerahan bantuan dijangka berakhir 1 Mac depan.

Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata daripada jumlah itu sebanyak 314,830 telah menerima baucar terbabit manakala 16,071 melibatkan peruntukan lebih RM8 juta akan menerimanya dalam masa terdekat.

Bagi penerima yang telah meninggal dunia, sakit uzur dan dipenjarakan, wakil mereka boleh menuntut dan menunaikan baucar tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan