Najib Terima Kunjungan Menteri Luar Sudan

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Sudan, Ali Ahmed Karti.

Ali, yang dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia, tiba di Pejabat Perdana Menteri di sini pada 9 pagi, diiringi Duta Sudan ke Malaysia Nadir Yousif El-Tayeb dan Pengarah Jabatan Asia di Kementerian Luar Sudan, Sawsan Abdelmajeed.

Ini merupakan lawatan pertama Ali ke Malaysia bertujuan meningkatkan hubungan dua hala.

Beliau dijadual berbincang dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada Rabu dan menemui Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas petang ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan