Mesyuarat Agung Koperasi Felda Dibatalkan

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) membatalkan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas yang dijadual berlangsung di sini esok (Rabu).

Setiausaha KPF, Abidin Abdul Rahman berkata dalam satu kenyataan, pembatalan itu disebabkan oleh perintah injunksi Mahkamah Tinggi Kuantan bertarikh 17 Februari.

Lapan anggota KPF memfailkan permohonan mendapatkan perintah itu bagi menghalang koperasi berkenaan membuat sebarang keputusan pada mesyuarat esok.

Peguam yang mewakili mereka, Mohd Haris Abdullah, dilaporkan berkata bahawa perintah itu adalah bagi menghalang KPF melupuskan sama ada kesemua atau sebahagian daripada ekuiti KPF dalam Felda Holdings Berhad kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad.

Mesyuarat Agung Perwakilan Khas itu sepatutnya diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab di sini bermula 3 petang. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan