Kita Akan Cabar Surat Tunjuk Sebab ROS

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk mencabar surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pembatalan pendaftarannya.

Ketua Penerangan parti, Mohd Mazlan Abd Manaf berkata, surat tunjuk sebab itu tidak wajar kerana ROS hanya mempunyai kuasa membatalkan pertubuhan berdasarkan keadaan mengikut Seksyen 13 Akta Pertubuhan.

"Aduan daripada sesetengah bekas anggota mengenai pentadbiran dalaman pertubuhan tidak boleh dianggap keadaan yang membenarkan penggunaan Seksyen 13.

"Pasukan peguam kita akan mencabar surat tunjuk sebab itu. Kami yakin akan berjaya kerana alasan kami mempunyai asas undang-undang yang tidak boleh disanggah," katanya dalam kenyataan di sini.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti juga meminta semua anggota Kita agar tidak bimbang dan menghadapi isu itu dengan tenang, katanya.

Kita yang diwujudkan kira-kira setahun lepas diberi surat tunjuk sebab bertarikh 9 Februari oleh ROS, yang mahu parti itu menjelaskan mengapa pendaftaran Kita tidak harus dibatalkan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan