KDN Tarik Balik Buku Kanak-Kanak Where Did I Come From

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ini adalah berita yang baru diterima - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan semua kedai buku menarik balik penjualan buku kanak-kanak berjudul Where Did I Come From berkuatkuasa serta merta.

Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, arahan tersebut berkuatkuasa sehingga pihak kementerian selesai menjalankan kajian ke atas kandungan buku berkenaan.

"Sehingga satu keputusan muktamad mengenainya dibuat, semua kedai buku diarahkan supaya menghentikan penjualannya buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut Abdul Rahim lagi, sekiranya kandungan buku yang didakwa mengandungi unsur-unsur lucah dan grafik yang keterlaluan mengenai hubungan seks itu didapati boleh menjejaskan moral masyarakat Malaysia, pihak KDN tidak teragak-agak untuk mengharamkannya.

Katanya, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 7 (1) Akta Penerbitan dan Media Cetak 1984.

Pendedahan mengenai kandungan buku tersebut yang menerangkan bagaimanakah kejadian manusia itu telah didedahkan oleh Ketua Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairun Aseh pada Isnin.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan