KDN Sahkan Sedang Siasat Buku Kanak-Kanak Berunsur Lucah Di Pasaran

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah pun menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan terdapatnya buku bacaan kanak-kanak yang dibawa masuk dari luar negara yang mengandungi bahan berunsur lucah dan pornografik.

Ketua Setiausaha Kementerian, Tan Sri Mahmood Adam berkata kes itu kini sudah pun dalam siasatan pihaknya.

Pada Isnin, Ketua Biro Aduan Awam Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh mendedahkan mereka telah menerima pelbagai aduan daripada ibu bapa dan orang awam berhubung perkara tersebut dan mendesak kerajaan segera bertindak merampasnya dari pasaran.

Menurut Khairun, buku berunsur lucah itu agak mudah diperolehi daripada kebanyakan kedai buku dengan judul Where Did I Come From.

Kata Khairun lagi, grafik yang memperlihatkan wanita dan lelaki melakukan hubungan seks di dalam buku kanak-kanak itu adalah keterlaluan untuk dibaca oleh mereka di bawah umur.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan