Jakim, SKMM Pantau Blog Murtad

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengenal pasti blog yang menggalakkan murtad bagi mengelakkan pemiliknya terus menyebarkan maklumat dan mendapat simpati serta pengaruh pihak tertentu.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap blog terbabit.

"Jakim turut merasa bimbang terhadap isu blog murtad yang dibangkitkan dan memandang serius perkara ini.

"Jakim sebagaimana peranan yang dijalankan selama ini, sentiasa menyemak dan mengadakan pemantauan terhadap penyebaran maklumat yang berkaitan dengan Islam yang disalur dan disebarkan oleh media baru ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Selasa.

Katanya Jakim sebelum ini telah mengenal pasti beberapa blog yang cuba menyebarkan pengaruh murtad dan mengemukakannya kepada SKMM untuk tindakan sekatan, namun pihak yang tidak bertanggungjawab itu masih terus membuka blog baru dengan alamat yang berbeza-beza. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan