Isu Israel: Nik Aziz Terima, Faham Pendirian Saya - Anwar

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anwar dikerumuni pemberita selepas bertemu dengan Nik Aziz untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai isu Israel, pagi Selasa. Foto AZLINA ABDULLAH/THE STAR
Anwar dikerumuni pemberita selepas bertemu dengan Nik Aziz untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai isu Israel, pagi Selasa. Foto AZLINA ABDULLAH/THE STAR

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa berkata bahawa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima dan memahami penjelasan beliau mengenai isu Israel sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar The Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.

"Tok guru terima dan faham pendirian saya. Saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dalam soal Israel.

"Saya jelaskan jangan ada salah tafsir tentang pengiktirafan Israel. Ia tidak berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipenuhi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi sebuah hotel di ibu negara, Selasa.

Pertemuan di antara Anwar dan Nik Anwar yang berlangsung selama sejam itu turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim.

Anwar berkata, beliau menjelaskan secara terperinci mengenai perkara itu untuk meleraikan keraguan mengenai hal tersebut.

"Akhirnya saya beritahu saya juga tunduk kepada Hamas dan Fatah sepertimana yang dirunding di Doha, dua minggu lalu atas inisiatif Hanif Qatar," katanya.

Anwar berkata, media Umno tidak mengeluarkan petikan penuh wawancara beliau bersama WSJ.

"Masalahnya sekarang media Umno hanya guna satu bahagian yang menyebut bahawa ada kesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan perkataan 'contingent' iaitu tertakluk kepada syarat," katanya.

Ketua pembangkang itu turut memberitahu Nik Aziz mengenai reaksi pertemuan beliau dengan Ketua Hamas, Khalid Mashal.

"Bila dia lihat penekanan pra syarat itu iaitu 'contingent' Israel menerima sekian...sekian...sekian syarat.

"Apa dia syarat? Syarat yang diletakkan termasuk pengunduran tentera Israel dari wilayah Palestin dan Arab," katanya.

Anwar berkata, antara syarat lain ialah menghentikan keganasan dan kepungan terhadap Gaza serta mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin.

Sehubungan itu, beliau tidak akan menyaman WSJ kerana akhbar tersebut menyiarkan kenyataan penuhnya dalam laporan wawancara berkenaan.

"Kenapa saya nak saman WSJ? Mereka letak perkataan 'contingent' yang tidak disebut. Mereka (media Umno) hanya melapor fitnah," katanya.

Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sementara itu, usaha pemberita untuk mendapatkan kenyataan Nik Aziz tidak berhasil kerana beliau enggan mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

Wakilnya memberitahu, satu kenyataan media mengenai pertemuan itu akan dikeluarkan lewat Selasa.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan