Isu Israel: Anwar Jumpa Nik Aziz Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertemuan empat mata antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kontroversi kenyataan menyokong Israel akan diadakan pada Selasa.

Sumber mengatakan pertemuan berkenaan akan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi.

Bagaimanapun menurut maklumat Biro Komunikasi PKR, Ketua Pembangkang itu perlu hadir ke Mahkamah Syariah Jalan Duta pada pukul 10 pagi Selasa.

Pertemuan tersebut menjadi perhatian ramai pihak khususnya selepas Majlis Syura Ulama PAS menerusi Nik Abdul Aziz menggesa agar Anwar menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini atau mengambil tindakan undang-undang.

Namun menerusi penjelasannya mengenai kontroversi tersebut, Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Malah beliau turut mengakui wujud perbezaaan pendapat di antara beliau dan PAS berhubung konflik Israel dan Palestin yang mana parti sekutu dalam pakatan pembangkang itu menolak sama sekali kewujudan negara Yahudi itu.

Sedangkan, beliau melihat penyelesaian isu Palestin berdasarkan kewujudan dua negara seperti mana yang dinyatakan dalam inisiatif Pelan Damai Raja Arab Saudi, Raja Abdullah 2002 yang mana Israel mesti berundur dari wilayah Arab dan jika mereka berundur maka perlu beri hak kepada rakyat Palestin dan balasannya keselamatan Israel akan dijaga.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan