Hormat Antara Satu Sama Lain Bermula Di Sekolah - Menteri Pelajaran

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah untuk mewujudkan persefahaman yang lebih mendalam mengenai pentingnya menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama, haruslah bermula di peringkat sekolah.

Beliau berkata, negara akan dapat menjana suatu kekuatan yang lebih besar pada masa akan datang apabila rakyat tidak melihat kelainan dan perbezaan antara satu sama lain.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu akan membolehkan warga pendidik, guru, ibu bapa dan pelajar mengutamakan kepentingan untuk tidak menyentuh dan menghormati sensitiviti kaum lain.

"(Sebaliknya) kita menghormati kelainan kita, menerimanya sebagai suatu warisan yang kita hargai yang mungkin tidak banyak terdapat di negara lain seperti Malaysia. Ada negara yang mempunyai satu agama tetapi mempunyai pelbagai puak, bergaduh dan berperang sesama sendiri.

"Ada negara mempunyai pelbagai agama tetapi hubungan antara mereka sentiasa tegang. Kadang-kadang berlaku pertempuran sehingga berlaku pertumpahan darah dan negara seperti ini tidak mengecapi kemajuan berikutan tidak aman. Dan apabila tidak aman, tidak ada kemajuan dan pembangunan yang boleh dinikmati oleh rakyat," katanya ketika melancarkan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia Peringkat Sekolah di SMK (P) Sri Aman, di sini, Selasa.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.

Muhyiddin berkata, pelbagai program dan aktiviti yang bukan sahaja menjurus kepada memupuk semangat kerjasama tetapi juga toleransi dan penerimaan kepada kepelbagaian agama, budaya dan kaum, boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.

Katanya, kemajuan amat pesat yang dicapai negara pada hari ini merupakan hasil kerjasama rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang dapat menerima perbezaan itu sebagai suatu keistimewaan.

Sebagai rakyat Malaysia di bawah Gagasan 1Malaysia katanya, semua pihak mahu melihat negara mencapai kejayaan pada masa akan datang.

"Alhamdulillah, Malaysia ialah sebuah negara yang amat istimewa, dan kita harus bersyukur dan semua agama menuntut supaya bersyukur kepada Tuhan apabila suatu nikmat diberikan kepada kita, maka kita harus menghargainya.

"Satu nikmat yang diberikan ialah adanya perasaan persefahaman, menghormati antara satu sama lain dan wujud perpaduan yang dapat menjalin kerjasama lebih baik, dan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju pada hari ini," katanya lagi.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan