Anwar Perlu Beri Penjelasan Kepada Majlis Syura PAS

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan kepada Majlis Syura PAS berhubung kenyataannya mengenai isu keselamatan negara Israel.

Ahmad berkata tindakan Anwar menjelaskan kenyataannya itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini boleh diibaratkan sebagai lakonan politik semata-mata.

Ini kerana sudah terbukti Menteri Besar Kelantan itu sentiasa memihak kepada Anwar termasuk dalam kes liwat dan video seks, kata Ahmad.

"Pendirian Nik Aziz tiada kredibiliti kerana beliau ulama politik. Jika Anwar takut hendak berdepan dengan Majlis Syura PAS, maka tidak perlulah heboh mahu berdebat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Selepas pertemuan kira-kira sejam hari ini, yang turut disertai Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Anwar berkata Nik Aziz memahami pendirian beliau mengenai Israel.

Pertemuan itu diadakan selepas Nik Aziz menggesa Anwar menarik balik kenyataan itu sekiranya benar ia dibuat atau menyaman The Wall Street Journal sekiranya laporan itu salah.

Ahmad berkata tindakan Anwar itu menunjukkan beliau hanya menganggap Nik Aziz sebagai individu penting dalam PAS dan membelakangkan Majlis Syura.

"Beliau juga menganggap perasaan umat Islam tentang Palestin dan Israel itu tidak sepenting cita-citanya untuk menawan Putrajaya. Ingatlah bahawa kenyataannya itu telah merobek perasaan umat Islam," katanya.

Justeru, Ahmad turut meminta Anwar dan Nik Aziz agar tidak lari mengikut pintu belakang dalam isu menyokong Israel.

Nik Aziz tidak mempunyai "legitimacy" untuk menerima penjelasan Anwar secara peribadi memandangkan mereka berdua merupakan rakan kongsi politik, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan