Anwar Lebih Sesuai Debat Dengan Saiful

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan pembangkang supaya beliau mengatur perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan tiada keperluan untuk itu.

Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja mewujudkan provokasi berdasarkan perbahasan yang diadakan sebelum ini bagi mempolitikkan usaha kerajaan dan kemudian membuat fitnah terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar tetapi sekiranya Anwar mahu berdebat, saya boleh mengaturkan untuk beliau berbahas dengan bekas pembantunya sendiri iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya dalam satu temu bual yang disiarkan Umno-Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang memintanya mengatur perbahasan antara Perdana Menteri dengan Anwar.

"Apa yang mahu didebatkan antara Perdana Menteri dengan Anwar kerana pembangkang hanya akan menjadikan ia sebagai medan politik semata-mata dan bukannya membincangkan apa yang patut dibicarakan. Pakatan pembangkang sendiri tidak mempunyai tujuan atau sebab munasabah sehingga debat perlu diwujudkan," katanya.

Dalam temu bual itu, Tengku Adnan turut mengulas perbahasan antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sabtu lepas, yang menurutnya dibuat bagi membincangkan permasalahan dalam masyarakat Cina di negara ini.

Tengku Adnan berkata perbahasan antara Dr Chua dan Lim itu juga telah membolehkan orang ramai menilai sandiwara pembangkang yang gemar mempolitikkan isu tertentu dan menyimpang daripada landasan perbincangan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan