Abdullah Yakin BN Menang Besar Dalam PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13 berbanding pilihan raya yang lepas pada 2008, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada usaha dan kerja keras pemimpin BN dalam memberi khidmat terbaik bagi membela nasib rakyat di negara ini.

"Boleh (menang lebih besar)...bergantung kepada sejauh mana kita dapat yakinkan rakyat bahawa kerajaan kita dapat membawa kejayaan yang lebih besar dalam pelbagai bidang.

"Bukan tumpu kejayaan pada pilihan raya sahaja, kejayaan memberi khidmat kepada rakyat ini perlu berterusan," katanya kepada pemberita, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencapaian Umat Islam Pasca-Merdeka : Pengajaran dan Langkah Ke Hadapan dan Pra-Pelancaran Sambutan 20 Tahun Penubuhan Insitut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di sini. Beliau adalah Pengerusi Ikim.

Turut hadir Ketua Pengarah Ikim Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Seminar dua hari itu dihadiri lebih 200 peserta.

Mengulas cabaran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berkata debat bukan cara untuk menyelesaikan masalah rakyat.

"Debat bukan satu penyudahan bagi segala-galanya. Apa yang penting ialah sumbangan kerajaan kepada rakyat melalui program perlu dilaksanakan.

"Jayakan projek seperti dimahukan rakyat, itu diutamakan. Debat bukan sesuatu yang boleh dipaksa, terpulang kepada Najib. Tidak perlu saya beri nasihat, beliau lebih memahami," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan