Tiada Peserta Menu Rakyat 1Malaysia Muflis - Ismail Sabri

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menerima laporan mengenai kedai makan yang menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) jatuh bankrap.

Sebaliknya, Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, premis makanan terbabit berjaya meningkatkan keuntungan masing-masing berikutan pertambahan pelanggan.

"Keuntungan difahamkan bertambah kerana menu yang murah dapat tarik ramai orang untuk datang, itu lebih baik berbanding kalau harga mahal tapi tiada pelanggan," katanya, di sini, Isnin.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Gerakan Pengguna Siswa (GPS) peringkat negeri Sarawak dan penyampaian sijil Menu Rakyat 1Malaysia di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Ismail Sabri berkata, sehingga hari ini, sebanyak 1,314 premis makanan di seluruh negara menyertai MR1M dan kementerian itu mensasarkan 3,000 penyertaan pada akhir tahun ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, setakat hari ini juga sebanyak 40 institusi pengajian tinggi (IPT) bersetuju untuk menyertai program MR1M yang bertujuan meringankan beban rakyat termasuk mahasiswa.

"Setakat hari ini ada 76 kafeteria di IPT telah memulakan program ini dengan 23 daripada di Unimas," katanya.

Beliau berkata, kementerian akan membantu peserta program MR1M daripada segi promosi termasuk menyenaraikan nama premis di laman sesawang kementerian.

"Semua iklan dan promosi yang dibuat oleh kementerian adalah percuma jadi bukan orang ramai sahaja untung daripada program ini malah pengusaha sendiri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, sehingga 31 Januari lepas, sebanyak 116 GPS telah ditubuhkan di IPT awam dan swasta seluruh negara yang bertujuan membantu kerajaan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai hak serta tanggungjawab pengguna.

Katanya, KPDNKK turut menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM3,000 kepada setiap IPT yang menubuhkan GPS untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kepenggunaan.

"Peruntukan ini diharap menjadi pengerak program serta aktiviti di peringkat IPT supaya GPS dapat menarik lebih ramai penyertaan...dan jika ada keperluan kementerian sedia memberi bantuan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan