Rakyat Harus Bijak Nilai NGO

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Rakyat perlu bijak menilai dan menapis khidmat yang diberikan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini kerana sebilangannya tidak telus di dalam perjuangan mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, sesetengah badan-badan kerajaan itu tidak berjuang untuk memperbaiki nilai-nilai kehidupan rakyat sebaliknya cenderung untuk mengapi-apikan atau memperjuangkan elemen dan isu politik.

"Ada badan-badan kononnya mereka memperjuangkan hak asasi guaman tetapi mereka berpolitik.

"Ini sudah jelas dan rakyat perlu membuat penilaian itu sebelum apa-apa tindakan memilih (kuasa ketiga) hendak kita jalankan," katanya semasa wawancara khas program "Kerusi Panas" yang menyentuh tajuk "Kuasa Ketiga" di Bernama Radio24 sempena majlis pelancaran peluasan siaran radio itu ke Johor di The Zon Mall di sini, Isnin.

Beliau berkata, kerajaan menggalakkan NGO yang berkhidmat secara sukarela untuk memperbaiki nilai hidup rakyat dan berada di luar kotak politik.

Jika NGO berkenaan mahu bermain politik, badan berkenaan seharusnya menjadi parti politik, katanya.

Rais berkata, setiap badan bukan kerajaan mempunyai peranan masing-masing tetapi ia tidak mutlak dan mereka juga tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana yang berkuasa sebenarnya adalah rakyat.

Beliau menasihati rakyat agar tidak mudah untuk melabelkan badan-badan bukan kerajaan itu sebagai kuasa ketiga kerana kemungkinan ia tidak memenuhi syarat-syarat yang perlu ada sebagai kuasa ketiga.

"Tetapi kita mengiktiraf bahawa mereka berhak mengeluarkan pandangan, sama ada mereka kuasa ketiga atau tidak itu rakyat biasa yang menentukan," katanya.

Menjawab satu soalan, Rais bersetuju dengan hakikat bahawa sebahagian besar badan-badan itu dipimpin oleh personaliti atau individu yang berasa kecewa dengan perjuangan mereka sama ada dalam parti politik, kerajaan atau pembangkang.

"Kita perlu melihat mereka yang dahulunya menjadi menteri kabinet misalnya atau bekas pegawai tinggi kerajaan, tidak seharusnya keterlaluan menghempas-pulas kerajaan kita sedangkan mereka mendapat habuan dan faedah daripada khidmat mereka yang dahulu," katanya.

Rais menasihatkan mereka agar berwaspada dengan apa yang mereka zahirkan dan menilai sesuatu perkara itu daripada segi objektif agar tidak menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat.

Rais mengakui ada di kalangan NGO mempunyai pemikiran tajam dan berkebolehan mengemukakan pandangan serta cadangan baru untuk kebaikan.

Katanya, pandangan mereka harus didengar sekiranya mempunyai logik. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan