PKR Kesal, Dakwa Ceramah Anwar Diganggu Ratusan Penyokong Umno

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor kesal ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar yang dihadiri kira-kira 8,000 orang pada malam Ahad menerima gangguan dan provokasi.

Pemangku Ketua Cabang Sembrong Mohd Yusof Ahmad berkata gangguan tidak dijangka itu dilakukan 200 hingga 300 penyokong yang didakwa penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya kesal. Saya di situ dari pagi (Ahad) dan tak ada tanda-tanda gangguan.

"Tak sangka kumpulan yang saya anggar seramai dua hingga tiga ratus orang yang datang pada sebelah petang bertindak mengganggu ceramah pada sebelah malam," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Menurut Mohd Yusof, beliau juga kesal kerana pihak polis yang berada di lokasi yang sama tidak bertindak terhadap kumpulan penyokong yang bertindak agresif ke atas kumpulan yang menghadiri ceramah.

"Polis macam tak ada keupayaan. Mereka lihat saja apa yang berlaku walaupun ramai peserta yang cedera dibaling batu dan botol mineral berisi air," dakwa beliau.

Mohd Yusof berkata, kumpulan penyokong yang memakai baju-T seragam merah hadir di kawasan ceramah sekitar pukul tujuh petang sambil memasang bendera parti.

Bagaimanapun PKR selaku penganjur ceramah tidak menghiraukan kehadiran mereka kerana menganggap kehadiran kumpulan tersebut sebagai perkara biasa.

Pada pukul sembilan malam, Mohd Yusof berkata suasana bising dicetuskan kumpulan terbabit.

"Mereka mula buat bising pada pukul sembilan malam dengan menjerit dan menghamburkan kata-kata kesat berunsur provokasi.

"Ceramah terganggu tapi tetap diteruskan juga," jelasnya.

Kemuncak gangguan berlaku sebaik Anwar yang datang dari Mersing tiba di lokasi ceramah kira-kira pukul 11.35 malam.

Menurut Mohd Yusof, pemimpin pembangkang itu turut dibaling dengan kayu, mercun bola, botol berisi air mineral.

Beberapa ahli bertindak melindungi Anwar berjalan menuju ke khemah sebelum menyampaikan ceramah.

"Selepas setengah jam berucap, beliau menuju ke kereta dan mendapati cermin kereta pecah dan keretanya kemek akibat ditendang kumpulan itu," jelasnya.

Laporan polis dibuat oleh Mohd Yusof sendiri sejurus selepas ceramah berakhir di Balai Polis Kluang.

Ditanya apakah komen Anwar ketika berdepan situasi itu Mohd Yusof berkata:

"Apa yang saya dengar beliau kata "Inikah modal insan yang dilahirkan oleh Umno?".

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan