Parti Kita Terima Surat Tunjuk Sebab

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), yang ditubuhkan lebih setahun lalu, kini menghadapi risiko kemungkinan pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Setiausaha parti Kita, Masrum Dayat berkata ini kerana parti itu telah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 9 Februari daripada ROS yang meminta mereka mnejelaskan mengapa pendaftaran parti tidak patut dibatalkan.

"Surat ditandatangani Timbalan Pendaftar meminta kita menjawab beberapa perkara berkaitan dengan pentadbiran parti...tak silap, lima perkara semuanya, sebelum 9 Mac ini. Kita sedang dalam proses menyediakan jawapan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau tidak menjelaskan aspek pentadbiran itu tetapi sumber parti memberitahu antara perkara yang dibangkitkan ROS adalah pelanggaran perlembagaan parti dalam urusan pelantikan beberapa ahli ke jawatan tertentu yang dikatakan tidak dibuat melalui Jawatankuasa Eksekutif Pusat (Jep).

Selain itu, parti itu diminta membuat penjelasan mengenai pelanggaran perkara 12.3.4 Undang-undang Berdaftar Persatuan kerana minit mesyuarat Jep bertarikh 29 Jun lalu dikatakan tidak disediakan oleh setiausaha parti.

Masrum berkata sebelum in pegawai ROS ada berjumpa dengan beliau sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang dijalankan setelah pihak pendaftar menerima aduan terhadap parti itu.

"Kita sudah berikan penjelasan. Perkara yang dibangkitkan banyak mengenai aspek pentadbiran parti. Mereka tidak menjelaskan siapa yang membuat aduan, cuma memberitahu pihaknya telah terima aduan.

"Setelah semua kenyataan diberikan, saya merasa terkejut bila dapat surat tunjuk sebab daripada ROS minggu lalu. Bagaimanapun, kita akan menjawabnya sebelum 9 Mac ini," katanya.

Dalam pada itu, Masrum turut memaklumkan mesyuarat Jep pada 18 Feb lalu telah menolak cadangan presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim untuk membubarkan parti.

Sebaliknya, Jep memutuskan Zaid perlu menerajui parti itu.

"Sehubungan itu, Mesyuarat Perwakilan Tahunan Parti pada 25 Februari ini kita tangguhkan sehingga April. Itu jika KITA tak dibatalkan pendaftarannya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan