Kereta Anwar Ditendang, Dilempar Batu Ketika Berceramah Di Johor - Berita Semasa | mStar

Kereta Anwar Ditendang, Dilempar Batu Ketika Berceramah Di Johor

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilempar dengan batu dan ditendang oleh sekumpulan pemuda yang didakwa sebagai penyokong Umno ketika beliau menyampaikan ceramahnya di Sembrong, Johor, Ahad malam.

Keadilan Daily Online melaporkan cermin kereta Anwar retak dan bahagian sisi kenderaan kemek.

Laporan itu turut menyebut penyokong Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) serta melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat.

"Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis," lapor akhbar rasmi Keadilan lagi.

Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta ‘dipecahkan sendiri’.

“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu.

Pimpinan Keadilan Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan